Rss Feed

check tis out! latest video damia...video lain di FAQ

My Birthday Giveaway

>sticky mode hingga 22 november 2009


 

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Bersempena besday ku yg ke-...ehem2 hiks :)... pada
22.November.2009
yg bakal tiba xlama lagi neh...
maka dengan besar hatinya saya sbg tuan rumah menjemput
bloggers semer untuk dtg memeriahkan
BIRTHDAY PARTY GIVEWAY :)

ku ini... Cara-cara nak join? Sonang ajooo...

.......................................................................................
Syarat-syarat penyertaan:
.......................................................................................

1-- Terbuka pada sesiapa sahaja diluar sana
yg berminat dgn CLOTHDIAPER
.

2-- Buat 1 entry
STICKY MODE sehingga 22 NOV 09,
tentang
M-B-G beserta dengan link banner diatas.
(sila copy paste kan shj ke entry blog & side bar blog anda )

3--
Ajak kwn anda ramai2 join PARTY ni...

4-- Mesti jadi
follower 'sarahrahim.blogspot.com' @
'clothdiapers-n-all.blogspot.com'

5--
2 pemenang bertuah yg terpilih akan memenangi hadiah berikut:
----------------------------------------------------
{hadiah 1 : babyland printed CD }
{hadiah 2 : babyland bright color CD }


----------------------------------------------------
.
.
.

Haaa simple aje kan...
Ade lagi....

.
.
.


6-- Jika anda pengguna clothdiaper, sila ceritakan juga pengalaman/testimoni/kenangan manis anda menggunakan CLOTHDIAPER beserta picture anak anda memakai CD yg plg comel sekali :)

7-- 2 cerita terbaik yg terpilih akan memenangi hadiah berikut:
----------------------------------------------------
{hadiah 3 :
coolababy velcro CD with wetbag}
{hadiah 4 :
coolababy snapbutton CD with legwarmer}

----------------------------------------------------


8-- Last sekali jgn lupa tinggalkan msg & link anda supaya anda tidak tercicir utk disenaraikan, pemenang akan di umumkan selepas 22 Nov 2009 :)


Soooo tunggu apa lagi...mana tau jika bertuah dpat 2 kategori hadiah sekali gus :)

untuk memenuhi syarat no 6, meh nk cete skit pasai cd ni..

kira-kira 4 bulan yang lepas (babyku damia br berusia 2 bln++), sedang asyik ku mengemas rumah (maklumlah, dah jadi surirumah fulltime hari-hari kena kemas rumah le), tiba2 ku terpandang ke arah tv3 yang sedang bersiaran dari sri pentas utama dengan rancangan wanita hari ini. tangan dan kakiku bagai direntap oleh sofa dan trus ku terduduk sambil mataku tidak berkelip, telingaku tekun mendengar topik yang dibincangkan pada hari itu iaitu lampin kain moden atau dlm inglish cloth diapers shotform CD jenama Lunatots.

itulah kali kedua ku mendengar mengenai CD ni (kali pertama masa diberitahu oleh hubby) dan kali pertama ku melihat dengan mataku sendri rupa bentuk barang yang dipaggil CD. penjelasan demi penjelasan ku dengar dengan teliti dan fahami, barulah ku tahu yang CD banyak kelebihan dan kebaikan. antaranya:
  1. Mesra Alam; setiap tahun dianggarkan sebanyak 5 juta tan bahan buangan di pusat pelupusan sampah adalah berpunca dari disposable diaper. CD tidak kerana boleh dibasuh dan dipakai semula. (BAGUS!)
  2. Ekonomi; Anda mampu jimat sehingga RM2000-RM3000 setahun! (MENARIK!)
  3. Boleh diguna oleh anak seterusnya; maka lebih jimat wang anda!(TERTARIK)
  4. Kurang ruam lampin; kajian menunjukkan, hanya 7% bayi lampin kain mengalami ruam lampin berbanding 78% bayi lampin pakai buang.(WOW!)
  5. Kesihatan bayi; Bahan kimia yang digunakan bagi fungsi "super-absorbency" dalam disposable diaper adalah Sodium polyacrylate, yang dikaitkan dengan TSS (Toxic Shock Syndrome) dan boleh menyebabkan allergi.(OH YE KE?)
masa itu juga baru ku tahu yang lampin pakai buang atau inglish disposable diapers banyak keburukannya dari kebaikannya seperti:
  1. Dioksin disenaraikan oleh EPA (U.S.Environmental Protection Agency) sebagai toksik yang boleh menyebabkan kanser. Dioksin digunakan dalam proses bleaching paper.
  2. Tributyl-tin (TBT) – toksik yang boleh menyebabkan masalah hormon kepada manusia dan binatang. Ia merebak melalui kulit walaupun dalam kuantiti yang kecil.
  3. Sodium polyacrylate - Berupa gel iaitu kristal yang sangat menyerap. Bahan ini juga ditelah dibuang daripada tampon kerana kaitannya dengan sindrom toxic shock. Polimer ini menyebabkan alergi teruk seperti muntah, jangkitan dan demam.
  4. Meningkatkan jumlah peratusan bayi yang rashes daripada 5%(1955) kepada 78%(1991).
  5. Pembiakan bakteria dan ammonia melalui air kencing.
  6. Penyebab athma di kalangan bayi.
  7. Kajian tahun 2000 (German) menyatakan suhu yang terlampau tinggi pada bahagian skrotum bayi lelaki menyebabkan kerosakan pada mekanisma penyejukannya dan boleh mengakibatkan masalah kemandulan.
  8. 50% daripada sampah domestik rumah.
  9. Sumber sampah KETIGA TERBESAR sedangkan hanya 5% populasi dunia menggunakannya.
  10. Mengambil masa 500 tahun untuk terurai!

terkebil-kebil mataku, sungguh x ku percaya, YA ALLAH , btul ka apa yang ku dengar ini..trus tangan ku mencapai telefon dan menelefon hubby tercinta (bukan telefon nk order lg..kena dapat permission MD dlu..hehe). rupanya hubbyku begitu gembira utk bertukar kepada CD. "jimat duit babah katanya". trus ku sambung, "kalu dah jimat tahun depan bole gi Aussie" babah terdiam..eh.. melalut plak..ok, blk cerita pasal CD ni.. 


selepas itu, bermulalah episod kami anak beranak menggunakan CD. secara jujurnya, pertama kali menggunakan CD amatlah susah rasa diriku. kenapa? kerana kalu baby poot (berak), kena buang dlu poot, pas tu kena sapu sabun skit, pastu kena rendam, pastu kena basuh (walaupon pakai mesin basuh je), pastu kena sidai, pastu kena letak insert, pastu baru ble pakaikan baby damia. banyak pastu kan? padahal kalu guna disposbale, trus buang dan amik yg baru bg pakai. 

tapi Alhamdulillah, berkat niatku nk bg baby damia membesar secara sihat, tidak bergelumang dengan bahan kimia perosak sejagat tuh, makin lama-makin ku suka membuat rutin tersebut dan skrg aku betul2 gembira menggunakan CD dan berterima kasih kepada semua yang bertanggungjawab memperkenalkan CD ni kepada ku.


itulah ceritera sedikit sebanyak pengalaman aku menggunakan CD dari umur babyku damia dalam 3 bln sehinggalah skrg da 6 bulan++. 

sharing is caring!





kepada smua kengkawan yg mempunyai baby/ank ecik, marilah kita bertukar kepada CD. 
save money,save earth and most important save ur baby butt!!. bravo CD!



babyku damia dan antara koleksi CD yang dapat dipotretkan..

p/s: kepada pn penganjur. camna ble menang ka?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails