Rss Feed

check tis out! latest video damia...video lain di FAQ

lensa kami dan damia

My Birthday Giveaway

>sticky mode hingga 22 november 2009


 

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Bersempena besday ku yg ke-...ehem2 hiks :)... pada
22.November.2009
yg bakal tiba xlama lagi neh...
maka dengan besar hatinya saya sbg tuan rumah menjemput
bloggers semer untuk dtg memeriahkan
BIRTHDAY PARTY GIVEWAY :)

ku ini... Cara-cara nak join? Sonang ajooo...

.......................................................................................
Syarat-syarat penyertaan:
.......................................................................................

1-- Terbuka pada sesiapa sahaja diluar sana
yg berminat dgn CLOTHDIAPER
.

2-- Buat 1 entry
STICKY MODE sehingga 22 NOV 09,
tentang
M-B-G beserta dengan link banner diatas.
(sila copy paste kan shj ke entry blog & side bar blog anda )

3--
Ajak kwn anda ramai2 join PARTY ni...

4-- Mesti jadi
follower 'sarahrahim.blogspot.com' @
'clothdiapers-n-all.blogspot.com'

5--
2 pemenang bertuah yg terpilih akan memenangi hadiah berikut:
----------------------------------------------------
{hadiah 1 : babyland printed CD }
{hadiah 2 : babyland bright color CD }


----------------------------------------------------
.
.
.

Haaa simple aje kan...
Ade lagi....

.
.
.


6-- Jika anda pengguna clothdiaper, sila ceritakan juga pengalaman/testimoni/kenangan manis anda menggunakan CLOTHDIAPER beserta picture anak anda memakai CD yg plg comel sekali :)

7-- 2 cerita terbaik yg terpilih akan memenangi hadiah berikut:
----------------------------------------------------
{hadiah 3 :
coolababy velcro CD with wetbag}
{hadiah 4 :
coolababy snapbutton CD with legwarmer}

----------------------------------------------------


8-- Last sekali jgn lupa tinggalkan msg & link anda supaya anda tidak tercicir utk disenaraikan, pemenang akan di umumkan selepas 22 Nov 2009 :)


Soooo tunggu apa lagi...mana tau jika bertuah dpat 2 kategori hadiah sekali gus :)

untuk memenuhi syarat no 6, meh nk cete skit pasai cd ni..

kira-kira 4 bulan yang lepas (babyku damia br berusia 2 bln++), sedang asyik ku mengemas rumah (maklumlah, dah jadi surirumah fulltime hari-hari kena kemas rumah le), tiba2 ku terpandang ke arah tv3 yang sedang bersiaran dari sri pentas utama dengan rancangan wanita hari ini. tangan dan kakiku bagai direntap oleh sofa dan trus ku terduduk sambil mataku tidak berkelip, telingaku tekun mendengar topik yang dibincangkan pada hari itu iaitu lampin kain moden atau dlm inglish cloth diapers shotform CD jenama Lunatots.

itulah kali kedua ku mendengar mengenai CD ni (kali pertama masa diberitahu oleh hubby) dan kali pertama ku melihat dengan mataku sendri rupa bentuk barang yang dipaggil CD. penjelasan demi penjelasan ku dengar dengan teliti dan fahami, barulah ku tahu yang CD banyak kelebihan dan kebaikan. antaranya:
  1. Mesra Alam; setiap tahun dianggarkan sebanyak 5 juta tan bahan buangan di pusat pelupusan sampah adalah berpunca dari disposable diaper. CD tidak kerana boleh dibasuh dan dipakai semula. (BAGUS!)
  2. Ekonomi; Anda mampu jimat sehingga RM2000-RM3000 setahun! (MENARIK!)
  3. Boleh diguna oleh anak seterusnya; maka lebih jimat wang anda!(TERTARIK)
  4. Kurang ruam lampin; kajian menunjukkan, hanya 7% bayi lampin kain mengalami ruam lampin berbanding 78% bayi lampin pakai buang.(WOW!)
  5. Kesihatan bayi; Bahan kimia yang digunakan bagi fungsi "super-absorbency" dalam disposable diaper adalah Sodium polyacrylate, yang dikaitkan dengan TSS (Toxic Shock Syndrome) dan boleh menyebabkan allergi.(OH YE KE?)
masa itu juga baru ku tahu yang lampin pakai buang atau inglish disposable diapers banyak keburukannya dari kebaikannya seperti:
  1. Dioksin disenaraikan oleh EPA (U.S.Environmental Protection Agency) sebagai toksik yang boleh menyebabkan kanser. Dioksin digunakan dalam proses bleaching paper.
  2. Tributyl-tin (TBT) – toksik yang boleh menyebabkan masalah hormon kepada manusia dan binatang. Ia merebak melalui kulit walaupun dalam kuantiti yang kecil.
  3. Sodium polyacrylate - Berupa gel iaitu kristal yang sangat menyerap. Bahan ini juga ditelah dibuang daripada tampon kerana kaitannya dengan sindrom toxic shock. Polimer ini menyebabkan alergi teruk seperti muntah, jangkitan dan demam.
  4. Meningkatkan jumlah peratusan bayi yang rashes daripada 5%(1955) kepada 78%(1991).
  5. Pembiakan bakteria dan ammonia melalui air kencing.
  6. Penyebab athma di kalangan bayi.
  7. Kajian tahun 2000 (German) menyatakan suhu yang terlampau tinggi pada bahagian skrotum bayi lelaki menyebabkan kerosakan pada mekanisma penyejukannya dan boleh mengakibatkan masalah kemandulan.
  8. 50% daripada sampah domestik rumah.
  9. Sumber sampah KETIGA TERBESAR sedangkan hanya 5% populasi dunia menggunakannya.
  10. Mengambil masa 500 tahun untuk terurai!

terkebil-kebil mataku, sungguh x ku percaya, YA ALLAH , btul ka apa yang ku dengar ini..trus tangan ku mencapai telefon dan menelefon hubby tercinta (bukan telefon nk order lg..kena dapat permission MD dlu..hehe). rupanya hubbyku begitu gembira utk bertukar kepada CD. "jimat duit babah katanya". trus ku sambung, "kalu dah jimat tahun depan bole gi Aussie" babah terdiam..eh.. melalut plak..ok, blk cerita pasal CD ni.. 


selepas itu, bermulalah episod kami anak beranak menggunakan CD. secara jujurnya, pertama kali menggunakan CD amatlah susah rasa diriku. kenapa? kerana kalu baby poot (berak), kena buang dlu poot, pas tu kena sapu sabun skit, pastu kena rendam, pastu kena basuh (walaupon pakai mesin basuh je), pastu kena sidai, pastu kena letak insert, pastu baru ble pakaikan baby damia. banyak pastu kan? padahal kalu guna disposbale, trus buang dan amik yg baru bg pakai. 

tapi Alhamdulillah, berkat niatku nk bg baby damia membesar secara sihat, tidak bergelumang dengan bahan kimia perosak sejagat tuh, makin lama-makin ku suka membuat rutin tersebut dan skrg aku betul2 gembira menggunakan CD dan berterima kasih kepada semua yang bertanggungjawab memperkenalkan CD ni kepada ku.


itulah ceritera sedikit sebanyak pengalaman aku menggunakan CD dari umur babyku damia dalam 3 bln sehinggalah skrg da 6 bulan++. 

sharing is caring!





kepada smua kengkawan yg mempunyai baby/ank ecik, marilah kita bertukar kepada CD. 
save money,save earth and most important save ur baby butt!!. bravo CD!



babyku damia dan antara koleksi CD yang dapat dipotretkan..

p/s: kepada pn penganjur. camna ble menang ka?

first move...

ahaaa.... damia da ble gerak ke hadapan..dlm erti kata lain da bole mengesot ke hadapan..satu lagi pencapaian anakku... bravo baby...lepas ni merangkak plak okey?...kalu x caya, tgk la video diatas...

'Sha-Sha's Home Sweet Home Contest Giveaway'

hari ni baru terjumpa satu contest 'Sha-Sha's Home Sweet Home Contest Giveaway', menarik! 
still not too late to join. 
harap blum close lagi. 
basically sha-sha nak link untuk barang-barang rumah 
sebab baru nk pindah rumah.
anda boleh dapat info lebih di link dibawah.


'Sha-Sha's Home Sweet Home Contest Giveaway'

http://shaparin.blogspot.com/2009/10/sha-shas-home-sweet-home-contest.html





shopping link suggestion for sha-sha:
- http://giddytigers.com/
- http://shop.malaysianbabes.net/home-garden/
- http://list.lelong.com.my/Auc/List/List.asp?TheKeyword=home&DA=A&CategoryID=251&SubmitButton=Search
- http://www.aishop.com.my/
- http://www.gayawanita.com/index.php?cat=12
- http://esavebudget.blogspot.com/#fragment-3
- http://www.bedcraze.com/home
- http://www.blank-canvas-designs.com/
- http://www.deliver2u.com.my/
- http://charabeb.blogspot.com/
- http://www.elogam.com/shop/
- http://www.isolarworld.com/
http://www.kedaimaju.com/
http://www.lamex.com.my/
http://heartbeat.my/index.asp
http://www.khas.com.my/khas/index.php
http://www.moresales.com.my/
http://www.somethinurby.com/
http://www.orient-shopping.com/
http://www.tinytapir.com/category.php?category_id=28
http://www.surfpewter.com/
http://www.hlk2u.com/
http://www.thepasarroadshop.com/
http://www.gintell.com/
http://www.ewarehouse.com.my/
http://www.all99.com/stores/home_garden/
http://www.hall2hall.com/mall/action/CategoryDisplay?langId=-1&storeId=10201&catalogId=10101&categoryId=32102&parent_category_rn=32002&top_category=32002
http://www.pbbemall.com/mall/merchant_list.jsp?group_id=20
http://mall.maybank2u.net/main.jsp?pageid=home
http://www.ushops.com/index.php/productCat
http://www.dyuemall.com/siftlian?tpl=store&cid=225

mai la join contest ni.. bye

gigi pertama lil' damia

di suatu senja, di musim yg panas sat, sejuk sat ni,..sedang asyik bermain dengan damia, tiba-tiba..."ouch!" mama menjerit. babah berpaling ke mama. "ada benda tajam dekat gusi damia. mama rasa gigi dia da nk tumbuh". babah dengan sepantas kilat membuat experimen menggunakan jari and guess what?...her very first teeth is coming out soon .best!. bhgn hujung gigi yang tajam2 tu dah bole rasa ngan jari...patutla sejak dua menjak ni dia asyik merengek ..x sedap badan kot sebab gigi tu nk tumbuh. mama n babah very2 excited nk tgk gigi pertama lil' damia.

Ya Allah, kami amat bersyukur kepadamu kerana telah memberi peluang untuk merasa pengalaman yang tidak ternilai ini....amin.

nanti gigi dah nampak skit baru upload gam. k. tunguuu...

damia@5mth,18 days

Tips Rangsangan mudah menjadikan anak bijak.

terdetik dihati nk berkongsi tips dibawah...sama-sama renungkan dan praktikkan...


Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA!!. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. ..jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting.
Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1) BERTENTANG MATA. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2) BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA. Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan,dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3) JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN. Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4) JELIRKAN LIDAH. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5) HASILKAN BUKU BINATANG. Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian,’bacalah’ buku itu bersama-sma sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6) GELETEKLAH BAYI ANDA. Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa,merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7) TUNJUKKAN PERBEZAAN. Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dam pembacaan apabila dia besar kelak.

8) BERKONGSI PANDANGAN. Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu” atau”Besarkan pokok ni!” atau ” Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9) NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA. Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (”mari kita tukar lampin,tukar lampin, tukar lampin….”). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10) GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA. Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11) SENTUH DAN RASA. Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12) PERGI MEMBELI-BELAH. Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13) BERI KATA KUNCI. Jika anda berkata “Mak nak buka lampu ni,”sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14) BERI KEJUTAN. Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka,tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15) SEDIAKAN BANYAK TISU. Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16) BACA BUKU. Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan – ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17) MAIN CAK-CAK. Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18) JANGAN LUPA REHAT. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19) MAIN DENGAN WARNA. Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20) BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21) ANGKATKAN SAHAJA. Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22) BIAR DIA MEMBEBEL. Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23) LATIHAN MENEKA. Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24) LALUAN HALANGAN. Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan dia tas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25) IKUT RENTAKNYA. Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26) BUAT MUKA LAWAK. Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27) RASA SEKELILING ANDA. Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.

28) CERITAKAN KISAH DONGENG. Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29) BAYANGAN WAJAH. Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.

30) (KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS. Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31) GOYANGKAN BADAN. Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32) JADILAH TAMAN PERMAINAN. Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33) KIRA SEMUANYA. Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34) GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA. Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan Tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)

35) TUTUP TV. Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36) TUKAR PEMANDANGAN. Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yang lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37) MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA. Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dlam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .


38) RAKAM VIDEO UNTUKNYA. Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39) MAIN HUJAN. Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40) MENANGKAP SERANGGA. Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41) BERGURAU-SENDA. Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakana “Ini Ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42) MAIN DENGAN PAKAIAN. Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43) AJAR TENTANG ISIPADU. Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44) HASILKAN ALBUM KELUARGA. Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45) SURUH ANAK MEMBUAT KERJA. Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46) PERGI KE PERPUSTAKAAN. Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47) CONTOHI CARA SESAME STREET. Khaskan satu minggu untuk satu abjad. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48) MAIN BERULANG-ULANG. Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49) MAIN “TIRU-MENIRU”. Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50) BERCAKAP TENTANG PERASAAN. Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

kesimpulannya, kita haruslah menggunakan masa yang terluang bersama anak2 dengan bijak untuk membentuk anak yang bijak..

marilah sama-sama mempraktikkannya...titik.

rujukan: internet

Gelak Sakan


Pejam celik-pejam celik-pejam celik. tup-tup damia dah 5 bulan. Macam x percaya kan. Tapi itulah realiti...rasanya mcm baru semalam damia dilahirkan.
Kelmarin (kalu kat kl semalam) adalah hari yang menggembirakan sebab damia da pandai gelak sakan. Walaupon sepanjang hari dok merengek mungkin sebab rasa x sedap badan (kena cucuk 5 bulan), nasib baik mai malam dia da ok. Cucuk kali ini yang ke 3 kali. Alhamdulillah, setakat ni damia x pernah demam lagi. mungkin sebab pernah dapat antibiotik utk demam masa masuk wad lepas dilahirkan hari tu. Rasa macam nk tulis lagi, tapi mata da sekerat terbukak, bantai kat blakang ni da dok pangei...so, layanlah gambaq damia dok gelak sakan dlu..nanti ceta lagi...

Related Posts with Thumbnails